Saturday 2 November 2013

Trip to Ho Chin Minh@Saigon - First Day

Sebenaqnya, aku nak tulis pasai entry ni pun malas bila ingat lagi kejadian2 di Vietnam haritu. Kenapa aku pergi jugak bercuti ke sini, sbb aku nengok ramai gile orang Malaysia suka pergi sini, kawan2 aku pun ramai dah gi, so aku pun nak nengok lah tempat die lagu mana...Bila ada promo air asia, aku pun cepat2 ler book..tiket aritu RM 175 je for return, tp yg murah lagi ado. Flight ke Bandar Ho Chin Minh ambik masa 1 jam 50 minit. Tiket Air Asia aku book cantik je, pkul 9.30 pagi, tetiba je Air Asia pegi tukar pukul 7 pagi. Suka hati je. Disbbkan aku malas nak ambik flight pagi, aku pergi ler opis Air Asia kat KL Sentral tu, tukar semula time ambik pkul 12.00pm.



Bila aku google kat internet ngk blog2 orang yang da gi sini, mcm2 cerita ada. Ada yang suka gile tempat ni, datang 3,4 kali setahun, ada jugak yang serik dah tak mau  jejak kaki kat sini dah. Bila aku baca blog2 mat saleh pun ramai yang bantai Vietnam ni, kira dalam bottom list diorang lah, kalau susun list tempat yang diorang  suka pergi. Tak tau la kalau aku bawa energi negatif dalam otak aku, sampai2 je kat imigresen depa tu, fuh kasar betui, boleh mamat tu hempas passport aku dgn muka tah apa2 die.  Tolol!  Tapi disbbkan aku dah baca review pasal vietnamese ni, aku tak terkejut la sangat. Kasar la diroang ni, biadap. Aku cakap thanks je dan cepat belah.

Sampai kat exit door, ramai gile orang, seyes memey aku blur nak gi mana. Aku ada lah baca blog2, ramai yang cakap ambik taxi Vinasun atau Mai Linh je, tapi kat entrance door tu takde pun Vinasun atau Mai Linh. System apa tah diorang pakai, aku tak pasti. Baca pengalaman orang dgn pergi sendiri lain. Taxi syarikat lain banyak gile tp aku takut nak ambik. Aku stay kat area backpacker Benh Than Market ada satu taxi driver tu offer 25USD/RM 80. Gile betul,aku dah survey dah, rege die tak boleh lebih dari RM25. Paling teruk bawah RM30 lah. Aku yang blur ni berjalan la ke arah kanan, jumpa burger king aku jalan lagi ke area domestic arrival. Sini pun ramai orang, aku lagi blur. Aku melilau2 tu, aku nampak  pekerja taxi Mai Linh, aku usik die, sbb aku duduk kat situ dah lama diorang buat bodoh je. Aku tunjuk alamat Hotel aku yang dah di print sebesar2 alam. Dia cakap ok wait 5 minutes. Fuh....




Kuar airport baru nampak bandar Ho Chin Minh betul2.Bandar baru membangun yang sangat padat. Bila kat sini, kita akan rasa biasa dengan bunyi hon:)





Dari airport ke hotel aku duduk ni, Hotel Mai Gia Huy area Ben Than Market ni cuma VND 140,000 atau dalam RM22 je. My sis tu waktu nak bayar duit taxi tgh kira2 duit, amount dah betul, terus kena rampas, my sis pulak tak bagi, kira melawan la, apalagi, drive taxi tu mengamuk2 dgn penuh emosi. Aku pun tak faham. Sebenaqnya tambag taxi tu VND 137,000 tapi die tak bagi balance pun, ko nak gaduh? Tak payah lah, tempat orang, dah ler orang sini aggressive, macam apa tah.




Hotel ni ok, memang dekat dengan Ben Than Market. Harga pulak reeasonale, dalam RM147 tak silap semalam. 3 bed pulak tu, Bersih pun bersih. Takde bau, toilet pun bersih. Rating - good. Tapi receptionist tak ok, macam malas buat kerja je, staff2 lain ok. Lepas rehat dan solat, aku and 2 of my sis pergi ler jalan2 kat area ni. Kawasan yang dikenali sbg Malaysia Street.





Hotel2 kat area ni mmg murah dan pastinya penuh dgn orang Malaysia. Elakanlah bercuti di musim sebelum nak raya atau cuti sekolah sbb hotel banyak yang penuh. Aku dgr banyak kes, refer to hotel kawasan ni lah, bila peak season kita book pun belum tentu dapat bilik, walaupun dah bayor.





Suasana di sekita Malaysia Street. Tapi orang Malaysia ke sini ramai yang meembeli belah dekat  Ben Tanh Market. Tapi nak dibandingkan dengan Cho Binh Tay@ China Town, harga kat sana lagi murah, tapi situ wholesale market.






Apa saja yang kita nak sume ade kat sini. Mmg best shopping kat sini, patutler ramai akak2 and orang Malaysia datang sini. Kain2 pasang sini mmg cantik2, english cotton, vitenam silk mmg banyak, design maveles, murah2 pulak tu. Kalau membeli belah kat sini wajib tawar harga, sbb diorang akan letak harga yang tak munasabah langsung.Cuma sini tempat dia mmg smelly, kotor, penjual die very2 aggressive. Dia akan paksa beli, if u tak nak beli apa2 jangan tanya or tawar harga langsung. Bila dah tanya, it's show that u are interested. Ada jugak peniaga2 yang akan tarik2 you masuk kedai die. It worst that Petaling Street man!




Ramai yang cakap peniaga2 sini pandai cakap melayu, mmg betul tp bukan semua, dan kebanyakkan mereka cuma tahu keywords je, mcm murah, diskaun, cantik, bla..bla..bla.Tak dinafikan masalah komunikasi mmg ada ler.....



Mee Udang tu VND120, Cendawan Goreng  VND 69,000, Air Lychee ngan Jus tembikai VND 45,000 and Apple Juice VND 55,000 total ni aje VND 334,000 lebih kurang RM55

Lepas beli barang kat Ben Than Market tu balik hotel, solat keluar balik makan. Lalu depan Restoren Basiroh tu penuh, pergi la makan dekat sini Restoren Melayu. Sebelah aje. Agak mahal sikit lah kalau nak compare dengan Basiroh. Yang dalam cup tu, mee udang, ngan cendawan goreng, makan bajet aje. Tapi makanan sini sedap. Kat Vietnam kan boleh pakai matawang Dong, RM and Dollar. Kalau nak membeli belah ikut keadaan kadang dong lagi murah kadang RM, tapi kalau nak bayar taxi atau makan kena ada Dong. Kalau pakai Ringgit takut they all kira suka2 hati. Baik pakai Dong.

Lepas makan terus pergi Night Market kat sini. Orang cakap barang kat night market lebih mahal dari Ben Tanh. Mungkin juga, sbb kat sini majoriti tourist. Sini pun sama peniaga ala2 pirana, nak ngk pun tak boleh, dia ingat kta nak beli, kadang tu kita baru tanya dia dah siap nak bungkus, pastu bila tak nak ade peniaga2 yang akan bising2 dan tak akan biarkan orang lari dri kedai die sehingga barang itu di bayar... haa...byk kes lah ade yang  terpaksa beli.. Bila die offer kalau tak mahu just say " No, thanks" Aku ngk mat saleh buat camtu aku pun follow. "No, thanks" hihi








Sangat teruja melihat pulut ni, tapi ko sanggup makan ke...

Lepas jalan2 aku terus balik bilik, so damn tired. Penat jalan, penat gaduh ngan orang Vietnam nih. Esk nak ke Chu Chi Tunnel plak:).

 ~Tata

Fast lane to:
Trip to Ho Chin Minh@Saigon-Day Two
Trip to Ho Chin Minh@Saigon-Day Three
Trip To Ho Chin Minh City- Last day

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...