Sunday 1 December 2013

Trip to Ho Chin Minh@Saigon-Day Two

Trip hari ke-2, pergi ke Chu Chi Tunnel. Tempat ni memey femes dengan tourists. Boleh kata semua travel agent akan letak tempat ni dalam itinerary diorang, yelah tempat yang sangat bersejarah. Chu Chi tunnel ni dekat dearah Chu Chi dalam bandar Ho Chin Minh jugak. Jarak ke sini dalam 1 jam lebih. Aku pergi dengan Tuan Travel Agent. Aku baca kat tripadvisor, ramai bebenor mat2 saleh memuji-mujian tour guide ni, termasuklah dengan tour guidenyer sekali Mr. Jackie. So aku pun confident la nak deal ngan tour guide nih. Nama company da masuk internet kena la jaga reputasi an.

Aku deal dengan Ms An, Tuan Travel ni through email je, tak sangka plak dia reply cepat. Bagi schedule itinerary dgn quotation sume. Kira ok la efficient gile. Aku bayar via credit card, USD 12 dollar (RM38 lebih sorang termasuk trip pegi mekong keesokannyer). Charges da termasuk sekali dengan admission fee. Fees masuk sini dalam VND 90,000.00 kira dalam RM14 lebih (exchange rate aku dapat aritu RM156 sama dengan VND 1 juta). Pukul 7.45 pagi aku da terpacak depan lobi hotel. Tak lama tunggu, aku nengok Jackie sampai dengan van mini bus Tuan Travel terus pegi kaunter hotel, teruslah aku menerjah ala2 nas ahmad melodi -  pergi tunjuk muka aku "u looking for me?" Maka terkezut la En. Jackie, mcm mana aku boleh kenal die. Aku cam muka dia bersepah kat intenet lor. "U Princess Mastura ?" Dia tanya, aku angguk.  Haha princess tu die tak sebut ler.  Dia cakap dia nak pick up few tourist lagi, tunggu sekejap. No probs la. Ropenyer, sume yang join trip aku ni mat saleh ko, ha...aku bertiga je orang Malaysia. Kelas cik kiah pergi Vietnam ...

Sini, pagi cerah cepat. Pukul 4.30am dah subuh. Aktiviti orang vietnam pun start cepat lah. Jackie cakap, generasi mangsa gas kimia waktu perang vietnam dulu akan berkumpul ramai2 dekat padang dekat bandar Ho Chin Minh every morning, they all akan bersenam dalam pkul 4.00 pagi. En. Jackie ni pun join, ada related famili members die yang kena gas kimia oren tu, so dia pun dapat effect jugak. Hari2 dia akan makan ubat...kesian sgt. By the way, even pagi kat Vietnam ni cepat kedai2 buka dalam 8 lebih jugak. 

Selamat pagi Saigon..

.Ni, dia Encik Jackie, bekas tentera Vietnam- our tour guide, terbaik!

Warga Vietnam yang sibuk memulakan hari...aku juga buat2 sibuk, muahahaha
Motorsikal, basikal kat sini everywhere, minyak petrol sini mahal woo..RM3 lebih satu liter, tapi negara dia takde petroleum...negara kiter...? lu pikirlah sendiri

 
Meninggalkan bandar Ho Chin Min ke daerah Chu Chi
Patut la, ramai mat saleh memuji En Jackie ini, dia memey bagus, sepanjang perjalanan ke Chu Chi tu tak bosan pun. Dia asyik bercerita aje. Siap tanya soalan lagi. Cerita die jelas, very informative. Yelah sebab die sendiri yang alami pengalaman tu kan. Bila die nampak we all semua termenung, mcm merenung apa yang dia cakap (hopefully la haha), dia akan duduk, let us having our time first, nati tak lama lagi dia akan sambung semula. Si Jackie ni sempat cakap, 60% pelancong ke Vietnam dr Europe. This is fact- memang betul, mana2 pun kita pegi dekat Vietnam ni akan jumpa banyak muka mat2 saleh. Jarang2 tourist dari negara mcm Malaysia, Indonesia or Singapore, dia mention sbb kita sume takut dengan diorang. Really? For past 5 years baru die nampak orang Malaysia banyak kat Vietnam. Dia cakap lagi orang Malaysia datang Vietnam suka shopping, so orang Malaysia akan duduk kat Vietnam 3-4 malam, pastu balik, pastu datang semula dan shopping lagi. Restoren halal pun makin banyak kat Vietnam ni untuk menampung pelancong2 Muslim, Malaysia khasnya. Dia cakap "We love Malaysia, they give a good business to us" Gulp! Aku rasa? No komen sbb aku juga datang dengan seorang pemborong kain....

Kawasan padi dekat kampung, Jackie cakap Korea banyak import padi dr Vietnam
Here are some of the pictures, perjalanan ke Chu Chi akan lalu kawasan kampung2, sawah padi etc Good la, sbb kita bleh ngk wajah Vietnam secara luas lagi. Negara ASEAN mmg mcm ni, banyak view sawah padi, termasuk Malaysia.  Tapi each trip normally takkan terus ke Chu Chi. Biasanya bas akan stop dekat handcraft center. Kalu ngk blogger lain pun diorang akan drop kat sini. Aku rasa semua travel agent kena bawa tourist ke sini. Kat sini kraftangan dibuat oleh generasi yang kena gas oren waktu perang vietnam dulu. Mereka2 ni dilindungi oleh government. Kesian diorang ni...kraftangan kat sini cantik2 s. Macam2 ade, pasu, pinggan, drawing, souvenirs pun banyak. Tapi harga agak mahal skit...quality? no doubt, sangat kelas u, sume dibuat dengan seni yg sgt halus.








Aku sangat berkenan dengan pasu besaq tu...tapi magkuk kecik kat sini pun udeh RM100 lebih, pasu yang sebesar alam tu gi mana harganya...pastu ribu2 an dong... dri beli pastu tu baik aku gi London...nengok jelah, buat hilang kempunan...



 
Ni la pemborong kain tu
Ko rasa ko lawa
kat sini, perhiasan rumah, mug cup, plate, drawing, vase semua cantik2 tp harganya pun cantik juge. Aku ada jumpa juga some dekat Ben Tanh market, murah sikit la.






Cari kami lah ni, suh naik bas chu chi tunnel tak sampai lagi...

Yeay! da sampai Chu Chi. Sini pun jumpa ramai orang Malaysia. Kat depan sekali ade Weapon Gallery, senjata original ade kat sini. Aku tak masuk pun. Aku rasa ni nak masuk free je. Dalam bas td Jackie kutip duit utk admission fees siapa2 yang tak bayar lagi. Sampai2 saja terus die beratur beli tiket then dia buat simple briefing. Best woo follow dia ni, gua enjoy banget, gak bosan deh!I


 
Simple briefing before masuk tunnel
Check tiket point, entry Chu Chi, jalan je, tak payah sibuk2 Jackie yang handle pasai tiket2 ni...
ni la grup I, mat saleh sume u...nampak tak org M'sia kat other side:)

Jackie cakap masuklah tunnel tu utk hayati mcm mana kesengsaraan mangsa perang dulu2, mcm mana mereke sume teruskan hidup. Dia juga pernah duduk dalam tunnel ni, waktu kecik. Kat sini, tunnel original (tiada pengubahsuaian). Jarak yang di provide dalam 10 meter aje. Tapi yelah, kan nama pun tunnel, mmg sempit, panas, gelap etc...so, sepatutnya kalau boleh habis tak sampai 5 minit boleh jadi 20 minit u. Jackie bagi telefon die utk orang first yang masuk...weee....takut ilang gitu...aku? 100% dijamin takkan masuk punye...

Jemput masuk ye, aku ngk je...
Mat saleh ni dari US die pun takut tak mau jadi orang first, hehe
Demo dr adik yang jaga tunnel ni, tunnel ni kecik tau, orang Vietnam ni pun kecik2..Jackie pun berapa kali buat demo pada grup kami, punya la die suh masuk jugak...waduh, gue pusing...gi mana sih...gua takut gelap dong!
Ni tempat keluar

 My 'beloved' sister..dia masuk first time, keluar balik, sbb igt orang dah move to new ceck point ok lah aku dgn anor sis tarik die keluar, tetiba Jackie datang, Jackie tanya siapa nak masuk lagi...dia nak masuk lagi sekali, pastu posing lagi mcm tu kali kedua, kenapa gaya mcm tu? ntah aku tak tau, baru masuk first step, tiba2 nak keluar balik takut, pening la, gelap la...kitaorang lagi kena tarik keluar dah ler tak ringan, terpaksa la aku buat2 ketawa cover malu...sekian

Aku ambik gambar dgn adik jaga tempat ni, hehehe
Check point kedua, jerat maut yang diguna oleh tentera Amerika. Dalam tu besi cerucuk besi, mmg mati kalau masuk situ. Ada one mat saleh tu buat lawak, die tanya Jackie, "u want me to jump inside?" haha. Jackie cakap lagi, tentera Amerika akan letak bendera Vietnam atas jerat yg mcm rumput tu, so tentera Vietnam akan datang berlari ke arah bendera tu, time tu la, diorang akan jatuh dalam jerat maut tu. I cannot imagine how it went tru, but i hate war!




Next check point, kereta kebal yang diguna waktu perang, tentera Amerika punya. Jackie cakap die pernah tembak helikopter Amerika dalam hutan ni, waktu tu dia remaja, very young boy.

Suasana dalam kawasan ni, bersih sbb ramai pekerja
sambung cerita...
Aku nak ambik gambar budak2 tu sibuk main kt atas tu, takpelah aku snap jelah dgn diorang sekali, cute budak 2 orang ni
Ini grup lain, banyak grup dtg sini, grup Malaysia, China, Gernam etc...
Jenis2, perangkap yang dibuat zaman perang tu. Macam2, aku tak boleh nengok, what more to imagine. Ngeri betul! Bagus about Jackie ni sume demo dia buat sendiri, kalau tour agent lain, aku ngk demo tu dibuat oleh orang2 yang jaga kat setiap check point tu. Yang baju hijau tu.



We move to padang menembak. Senjata betul kat sini. Siapa2 nak menembak boleh, tapi kena bayor. Grup kitaorang takde yang pegi menembak. Mat2 saleh tu, aku ngk lepas kat kawasan ni, pegi toilet la, makan la, minum air, beli ice cream hehe. Ramai yang basuh muka, basuh kepala la, panas lah tu. Yelah negara diorang sejuk kan. Toilet sini takde air, kena bawa air mineral la kalau nak masuk toilet, aku tak rasa nak pegi pun, nasib baik.




Pengembaraan Upin dan Ipin di teruskan
.Bekas ledakan bom, my mind goes to Palestine. Prayers for mujahid and mujahidah there.

Terowong ni la yang dah di ubahsuai utk kemudahan tourist. Size die dah di besarkan dan ada lampu. Tapi takde la besor mana pun.Ade 2 exit, first dalam 10 meter ke 50 meter tk silap aku, second 100 meter. Exit lain2. Beria benor si Jackie tu suh kitaorang sume masuk. Ade one mat saleh pompuan tu masuk sekerat jalan pastu keluar balik, sbb die da nak lemas. Dia da nak nangis. Fuh! Aku cuba masuk pun sekerat jalan juge, after few steps aku patah balik, sbb makin lama, makin dalam, makin panas, makin sempit. Macam ko masuk lubang. Aku rasa lemas terus panik patah balik semula. Nasib baik, tourist belakang aku tak masuk lagi, they all senyum je, aku kuar kat pintu masuk tu, ade tourist chinese dr Perak, tengah seronok2 berposing dekat pintu masuk tu terkezut beruk, tiba2 nampak ade org keluar. Hahaha, dioang buat lawak bila nampak aku org Malaysia. "eh, kenapa u keluar ikut sini...?", aku cakap tak nak masuk la, panas, one of them cakap "yalah, better i duduk luar tunggu kat sini aje." Kawan2 die sume masuk, tp die cakap die dah datang dulu, dah pernah masuk dah, skang dia sakit lutut, kalau tak die masuk...


Macam bagus, je aku posing dekat pintu keluar, yang ni entry yang 100 meter. My sis dua orang tu masuk tapi exit yang paling pendek ler. Itupun diorang buat2 berani, panik jugak kt dalam tu diorang ckp hehehe.Tak lama tu Jackie datang dia kata "all of u were in" aku angguk, hahaha!

Kawasan memasak
Kawasan memasak dalam terowong, terowong ni akan tembus ke sungai, utk orang dapat bekalan air. Ada banyak bahagian, bahagian menjahit, memasak, kawasan famili, tempat org baru kahwin, bilik org sakit, sume ade.




Muka penat la konon, hehehe. After all, last sekali ngk video perang, tak lama pun dalam 15 minit je. Aku dan my sis masuk awal, so video baru nak start, ade grup lain yang masuk after video tu dah main, so they all dapat ngk sekerat jelah, ade yang dapat nengok 5 minit je, aku dgr la, diorang merungut2, complaint pasal tour guide diorang.Cian diorang.




Da abis dah adventure kat Chu Chi. Ambik gambar dekat depan kawasan Chu Chi, hehe.Kaler biru tu peta. Perjalanan balik pun ambik masa dalam sejam lebih, terus ke bandar Ho Chin Minh. Maybe sbb sume orang penat, sume tidor je dlm bas.


Bila sampai bandar Ho Chin Minh, hujan renyai2. Dalam bas tu Jackie sempat bagi tips, kalau nak tukar duit Vietnam, tukar dekat bank, rate lagi bagus, pastu hati2 dengan bag, kamera yg lawa2, die cakap orang Malaysia friendly sangat, mudah kena ragut kat Vietnam, jadi kena hati2. Maybe aku rasa orang Malaysia baik2. Bas, drop kitaorang dekat Ben Tanh market, kawasan backpacker, ramai mat2 saleh drop dekat muzium war. Aku dengan 2 of my sis pegi mana lagi, terus serbu kedai makan hajah basiroh. Ambik nasi putih, kuah kari, ayam goreng dgn air, RM 8 plus2, ok la. Masakan kat kedai Hajah Basiroh ni, sentiasa fresh sbb customer dia ramai, jadi diorang selalu refill. Ayam goreng aku pun panas2 lagi. Anak Hajah Basiroh. Karim pun ade cakap, jaga2 dgn bag n kamera, banyak kes ragut dekat streets. Even, kawan kakak aku pun pernah kena ragut, waktu shopping kat night market. Hati2 lah...sbelum keluar hotel nak pegi mana2 baca ayat kursi dgn surah al-waqiah byk2, insya Allah, takde apa2.


Kecik je, kedai Hajah Basiroh ni, tp restoren dia serve masakan Melayu la
Petang tu lepas makan konon nak ke Chinatown, tahan taxi depan hotel, dia hantar ke Sheraton? Dia salah dengar. Adoi! Dia tak tau China Town tu kat mana. Bila tunjuk Cho Ben Tay baru die angguk2. Tapi aku tak pasti, takut pulak die salah antar. Cho Ben Tay die cakap dalam district 6. Aku tak confident takut dia salah tempat. Kawan adik aku yang dah pernah pergi Vietnam cakap, Chinatown tu dekat je dengan Ben Tanh, tapi kalau jalan kaki jauhla (mengong pegi pecaya!).  Bila dah 15 minit dalam taxi, aku dah cuak la, aku takut die antar gi mana2.  Time tu dahla dekat pkul 5. Sini pukul 6 dah gelap. Driver taxi tu plak tak faham English, plus kita tulis lain, sebutan die lain. Pastu aku suruh die patah balik hotel ajelah. Bayar VND100 ribu lebih tambang taxi mcm tu jer...

Rupanya taxi tu betul, mmg Chinatown@ Cho Ben Tay dalam district 6. Kawan adik aku tu yang salah. Konon boleh jalan kaki, banyak la! Kesian kiraorang salah infor. Kalau nak percaya cakap orang pasni, ngk dulu la orang tu mcm mana, sbb mugkin die tak pasti tempat sebenar yang kita maksudkan. Aku plak haritu bizi sblum gi Vietnam ni, takde masa nak research sgt. Learn to lesson. Mmg address tempat yang kita nak pergi kena tulis betul2. Orang Vietnam susah nak faham kita sebut apa. Mmg kena tulis. Dah silap tu pegi jelah ke Ben Tanh Market, shopping2 kat situ. Chinatown tu murah la compare dengan Ben Tanh. Peniaga dekat Ben Tanh pun ambik barang dari sana, tapi sana wholesale. Biasa la pegi Ben Tanh, peniaga mcm pirana, sbb diorang letak harga tak munasabah, bila kita blah je, they all tarik2 paksa kita beli. Mmg stress woo...Lagi satu, kita nego dgn orang lain, tiba2 bila nak bayar dgn orang lain plak, normally bos diorang, harga boleh jadi lain tau. Bila kita argue, diorang start marah2, mmg mcm sial sesetengah orang Vietnam ni. Sabar jelah.

Tired betul, lepas shopping balik hotel, esok pergi Mekong:)


Fast lane to :
Trip to Ho Chin Minh@Saigon - First Day
Trip to Ho Chin Minh@Saigon-Day Three
Trip To Ho Chin Minh City- Last day








No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...