Sunday 8 February 2015

Annyeonghaseyo, Seoul! (1)

Ngeeee...gi jalan lagi. Kalau udah kaki jalan tuh, dalam 3-4 bulan if tak dapat naik flight aku rasa boleh jadi tak betul, hati tak senang, hidup tak tenteram, macam da nak meroyan hahaha. Jom jom jalan, tapi ini kali mau pegi mana ya...:)
 
Kalu ngk date tiket tu, iya...tiket nya tahun lepas punya, memang aku gi Seoul tahun lepas hihi. Di kala ini sajala bisa mengupdate blog. Busy sangat dengan kije. Asal balik kije saja collapse, pigi kije balik collapse, tak gi kije pun collapse juge muahahahha. Bila aku rajin intenet takdo. Pulok doh. Tapi memang penat kije kat Compliance Dept. Kije banyakkkkk sangat, memang penat. If balik kije nak baca surat khabar pun dah tak larat. Camno tuh? Aku pikir 100 kali kalu nak further studi part time.Tulah sbb aku suka terbang di awan biru. Buleh release tension. Chewaaah. Tapi kena ready kuar duit la...

 
Kali ni terbang ke Seoul, Korea. Ramai betul rakyat Malaysia yang suka ke Korea. Kawan2 aku pun ramai yang dah pergi, Rajin traveling betui rakyat Malaysia nih. Kalau nak cari tips pegi mana, google aje blog2 traveling. Banyak information yang kita boleh dapat. Kalau aku gi mana2 as backpacker aku akan cari blog yang diorang pergi as backpacker juga. Senang nak follow.  Ni pun aku gi backpacker, dua orang je dgn my younger sister. Nak ajak ramai2 susah juga.Kadang2 orang ada commitment lain, money pocket concern, kadang2 ade juga yang suruh kita book ticket pastu tak nak pergi, macam-mcam hal. Nak citer pun pening. Kali ni aku dapat promosi MAS, return utk Seoul, approximately dalam RM1355. Pergi pun tak lama 5 hari 4 malam saje. Naik flight kat KLIA pkui 11.30 malam sampai Seoul pukui 7.30 pagi waktu Korea. Time diorang awal 1hour dari kita. 6 hours journey, fuh...nasib baik naik MAS. Ada food 2 kali, kacang, jus boleh refill, bantal, selimut and movie. I love MAS, we share the same name:) Tetiba...
Sampai saje Incheon International Aiport, aku nampak ada borang kuning. Aku rasa mcm untuk health screening. Kebetulan sampai dengan flight dari Vietnam ko. Semua orang pegang form tu. Aku udah pening sbb aku tak ambik form tu. Pastu aku nampak ada chinese from Malaysia juga yang tgh cari form tu, then kami pun try to attract officer yang jaga gate tu, perempuan korea, sbb form tu da abis, aku nak cakap "form finish", tapi dia nengok je muka kitaorang, "Malaysia?" dia tanya, kami angguk la, "Malaysia no need". Aku pun senyum lebar la tak payah beratur panjang nak isi form muahahaha. Form tu memang untuk health screening.  Sampai je immigration, fuh queue panjang gile dan macam tak bergerak. Tips aku, kalau dalam queue tu ko nampak ada tourist dari Vietnam or China, cari je la queue lain. Diorang suka potong queue. Mula2 sorang je yang queue pastu tiba2 ada 2-3 orang beratur depan ko, dia punya abang la, kawan la, mak die la, aku tak rasa ko akan gembira ataupun menerima dengan hati yang terbuka. 

Aku gi Bangkok dulu pun kalau nampak diorang ni memang aku akan blah ke tempat lain. Haritu tunggu settle immigration sejam jugak. Yang adik aku tu kununnya nak speaking Korea la sangat dgn pegawai immigration tu, dia cakap annyeonghaseyo, orang tu reply in english kih kih kih. Lepas ambik luggage terus keluar kat arrival, kat situ ada convenience shop macam 7e tu, beli pass subway. Sbb trip tahun lepas kan, makanya aku da lupa harga dia bape. Maybe dalam KRW3,900. Dalam ni tak silap ada KRW5,000 rasanya, serius tak ingat, time beli tu boleh tanya cashier ada bape dalam tu. Aku round Seoul 4 hari tak abis pakai pung. Murah subway fee sini. Ada juga pas mingguan atau bulanan, boleh check further on this. Inilah ropenya...
 


Time ni adik aku yang pegi beli, aku jaga beg. Alasan aje, sebenarnya aku nak berselfie kat airport tu hehehe. Nak naik subway pakai je card tu.  Aku stay kat Zaza Backpackers Hostel area Myeongdong. Kuar je kat exit tu cari bus no 6015 dekat bus stop 5B or 12A. Nanti benti kat Sejong Hotel-Myeongdong station. Tambang bas KRW10,000. Dalam RM30++ duit Malaysia. Driver bas bagi tiket ke pass, kena simpan nanti tunjuk waktu da sampai time nak ambik luggage, kalau hilang die bising. Dia akan match dengan tag dekat luggage kita, dia takut tertukar. Bagus kan system dia. Respect. Yela aku orang desa takde tag2 ni kat bas express pegi ke desaku. Dalam bas pun kena pakai seat belt, driver check pastu kalau tak pakai dia bising lagi. Tapi dia bising dalam bahasa korea, kalau dok paham lagi bagus. Tapi aku perasan la, driver bas diorang ni efficient tau, kita nak naik bas tu, dia tanya dulu, station apa kita nak benti, aku cakap la Sejong Hotel, Myeongdong. Dia angguk. 

Maksudnya dia check destination kita betul ke tak yang ko naik naik bas die tu. Bagus la mcm tu, sbb kita tourist. Nak naik subway pun boleh kat Incheon airport tu naik train turun kat Seoul Station pastu transit to line 4, Myeongdong station exit no 3, sama exit nak gi Namsan or N Seoul Tower. Dalam setengah jam lebih perjalanan(approximately). Kalu bawa luggage banyak better naik bas, sbb nati nak transit tu kena bawa luggage kita , banyak tangga and escalator. Line subway kat Seoul ni ada banyak sangat. Ikut colour. Sation macam Myeongdong line 4 ni colour biru muda. Pastu dia banyak exit. 1,2,3 sampai exit 9 pun ado. So make sure kita follow ikut exit yang betul walaupun station tu dah betul. Kalau kata Myeongdong Station exit 4, cari exit 4, exit 2 kena cari juga exit no.2, if tak memang tak jumpa jalan. Kalau LRT Malaysia termasuklah Star, Monorail, ERL, atau Komuter pun abis banyak 2 exit saja, memang dok pening la. Kalu dulu kita pakai map, nowadays banyak sangat apps seoul subway, boleh cari kat apple apps atau google play atau yang sama function denganya. Free je. 
Nampak tak ada number bus stop tu, 5A.  Tapi nak gi Myeongdong bus stop no. 5B. Dah jumpa bas selfie dulu.

 
Kotaraya Seoul. Bagi ku sangat cantik pemandangan di Seoul. One word, negara yang sangat maju and moden serta ada kelas tersendiri. Inilah komen dari peminat cerita Korea. Sila bersabar :)
Penat gile kot muka aku. Perjalanan dari KL pkul 11.30 malam sampai Zaza Backpacker ni dalam pkul 11 juga. Dari aiport nak ke sini pun dalam 1 jam 20 minit. Bas tadi turun betul2 depan Sejong Hotel. Kami tunjuk map dekat orang yang jaga hotel tu, hehe dia yang ajar nengok map. Pegi ke Booking.Com-Zaza Hostel page, ada map tu. Nak ke Zaza ni after sampai Sejong Hotel, then kena  cross the road, nampak Prince Hotel, pastu naik lagi, nampak Holly Cafe, then naik lagi pastu ada macam kedai 7e, tu belok kanan. Dah boleh nampak dah Zaza. Takkan sesat punya. Senang je nak cari. 

Aku book Zaza ni through Agoda. Macam biasa la cross refer to TripAdvisor website. So far review kat Zaza ni ok. Fees untuk 4 malam MYR 922.68. Divide 2 orang, jadi RM 461.34 sorang. Check in pkui 2.00pm, so ingatkan nak letak luggage je. Tapi staff sini ok sangat, dia bagi je bilik terus. Receptionist tu cakap, muka kitaorang nampak penat gile. They all ni very helpful. Dia tanya first time come to Seoul, of course kami jawab la yes, then dia bagi map. Sbb bilik full reserved, kitaorang tak stay dekat Zaza, diorang bawa ke sini, Myeong Dong Global House. Huhuhuhu. Kena naik atas bukit sikit lagi. Luggage tugas mereka.
Seoul ni macam Japan. Tapi Japan lagi mahal. Myeong Dong Global House ni guesthouse je, bukan hotel tapi fees die hmmm RM230 satu malam untuk bilik yang sangat kecik. Lagi kecik dari size bilik tune hotel. Tune Hotel pun RM 60 je satu malam. Kita jangan berangan sangat la nak bilik besar ke apa macam dekat Malaysia, Indonesia or Thailand. Kalau bayar RM 230 tu kita dapat bilik yang dah selesa sangat dah.... Sejong Hotel, RM 400++ untuk satu malam, kalau nak extra memang kena bayar extra la. Sbb sini mmg mahal. 

Pastu takde house keeping untuk clean the room tau. Towel pun takde, cuma dia ada bagi towel kecik utk cuci muka. Aku baca review kebanyakan guesthouse memang takde towel. Very basic. Tapi bilik dia bersih. Surrounding dia ok, location perfect, dekat dengan Myeong Dong shopping area, coffee house, Myeong Dong subway station, Namsan Park and convinience shop. Plus dia ada kitchen. Kita boleh ambik air atau masak. Staff sini cakap, orang Malaysia suka masak hehe. Wi fi sini free laju gile pulak tu. So far, aku rasa ok je dengan guesthouse ni. No complain sbb faham la, memang kat sini accomadation semua mahal.
Inilah bilik saye. Ujung kaki katil tu letak luggage tepi tu dah bilik air, semayang kat hujung2 tulah. Oklah. Tapi kalau mandi air dari bilik air tu terkeluar. So kena mintak towel lebih letak kat luar bilik air.
Lepas mandi, solat, berehat sekejap, makan dulu bekal yang dibawa. Nasi putih, telur rebus, sambal bilis kering (tak letak bawang), sambal hitam ngan keropok. Alhamdulillah. Maybe sbb sejuk, nasi tu tahan 2-3 hari, kami pun makan sikit je. Tak basi pun. Hehe.
Cool. Surrounding dekat Myeong Dong. Time ni spring nak say goodbye da. Pagi sejuk, tengah hari da panas. Tapi takla berbahang macam kat Malaysia. Haha, bukan mengutuk cuaca kat Malaysia ye, baru sehari jejak negara orang da nak memandai mandai pulak kan. Memey orang Korea suka benda yang comel. Banyak sangat kedai warna warni dgn kartun yang comel2. Mural kat bawah ni gila tak comel.
 
Dekat sini kawasan hills. Aku perasan kat Ittaewon pun sama. Maybe bentuk muka bumi Korea berbukit bukau agaknya. Haritu lepas rest, gigih pergi cari Namsan Park. Kalau nak tanya jalan, tanya orang hotel, orang yang pakai smart2 macam kerja office ataupun remaja2. Bukan memilih, tapi normally diorang boleh jawab kalau kita tanya, especially student. Ahjumma and ahjussi susah sikit, ko tanya dia buat bodo je. Tapi tak boleh salahkan diorang sbb English bukan first languange diorang. Some more negara dia maju macam Jepun. Bahasa dia no.1. Gitulah die ye. Dari our guesthouse nak ke Namsan Park ni dekat je, dalam 15 minit jalan kaki. Sebab Namsan Tower tu tinggi, memang nampak dari jauh. Kami jalan kaki je. Tanya budak2 student yang berjalan-jalan kat sini, sini ada Soongeui Woman's College. Budak2 student Korea yang comey2 tu suruh kitaorang jalan je arah bukit, nampak convenience shop yang kat bawah ni terus aje naik atas.

Mesra betul orang Korea ni, aku tengah ambik gamba adik aku, nak naik tangga ni. Atas tu Namsan Park. Ada kakak2 Korea dua orang tengah jogging . Pastu die offer tolong ambik gamba kitaorang. Even cakap macam itik ngan ayam, ok je picturenya. Kan kami ni pakai tudung, pastu aku pulak gemok, orang Korea slim2, sah sah la kitaorang ni tourist. Diaroang macam welcome sangat  to tourist.
Ni kawasan shoplot sebelum nak naik kat Namsan. Memang chill jalan time ni. Kat kawasan ni banyak kedai2 termasuk restoren. Kalau restoren tu pernah shoot masuk cite Korea memey diorang akan gantung banner outside restoren tu macam picture kat bawah ni. Aku tak pasti pulak citer ni yang mana.
Bila nak masuk summer, cuaca dia macam windy. Seronok berjalan tak panas. Nak ke atas Namsan Park tu kena naik kete kabel. Aku suke je.
Beli ticket dulu. Harga ticket KRW 8,500 duit Malaysia dalam RM26-RM27. Aduhai, nasib baik aku simpan lagi tiket ni. Boley la upload.


Nak masuk sini kena beratur. Pastu dalam kete kabel tu ada orang jaga. Yang kelakarnya, orang Korea ni, kalau dia nak tegur orang supaya beratur betul2 ke, follow right queue ke, penuhkan bahagian dalam kete kabel tu la, macam2 lagilah, pekerja dia akan tegur local saja, jarang tourist kena, like if kita tak masuk dalam betul2 pun dia wat tak tau je. Kalau local sah2 da kena makan. Hahaha. Aku nak ambik gambar kat tepi tingkap memang la aku tak nak masuk dalam sangat. Pastu aku mintak pekerja tu ketepi sikit sbb nak ambik gambar, diorang ok je, mcm respect kita. Tapi, cakap elok2 ye, kena senyum dan berbudi bahasa. Lupa nak cakap pekerja tu handsome dan sangat menarik! Receptionist hotel tadi tu pun handsome juga, 2 kali aku mintak password dgn 2 orang yang berbeza sbb 2-2 handsome! Ok next.
Pemandangan dari atas kete kabel. Cantik dan sangat cool! Enjoy the view, enjoy the experience. Lepas turun dari kete kabel, kita kena panjat tangga lagi. Sabar ya, this is Korea, enjoy saja. Panjat bukit pun gembira, tak pernah lagi aku rasa macam ni dalam hidup aku.



Nah, Namsan Seoul Tower. Sampai jugok ambo kat sini. Ambik gamba simpan tatap sebelum tido bila balik Malaysia nanti! LOL!
Ramai benor orang suka ambik gambar kat sini. Layan saje. Kununnya romantik la ek. Key love gitu. Bawah ni Teddy Bear Museum. Actually, Teddy Bear Museum kat Namsan Tower ni da tutup. Yang kat bawah ni though they named it as Teddy Bear Museum, tapi actually more to shop aje. Macam dia jual teddy bear, then mug or cup teddy bear, macam2 tu aje. Harga, memang kelasss. Kat Seoul ni ada few places yang ada Teddy Bear Museum, kawan2 aku ada je yang gi. Aku gi yang sini je. Details boleh google. Ayat klise tuh.




Duk kat sini cuma bersiar-siar ambik picture. Pastu kat sini ada macam performance from local, sbb tempat ni memang tourist attraction and tempat local bersiar-siar kan tapi tunggu punya tunggu tak tau start bila.
Kat sini pun ada jual food. Halal tu tak pasti, aku nengok2 saja. Minum boleh la kot.





Tak tau performance ni start bila. Aku ngan adik aku balik je lah. Nak jalan ke mana pulak ni....Turun tangga tadi, naik kete kabel lagi, turun balik ke Myeongdong area naik subway, pergi ke Namdaemun Market. Gi shopping ler.  Amek train ke station Hoehyeon, line no.4, exit 5.  Satu station je dengan Myeongdong. Aku dengar market ni tutup hari Ahad.
 

Kuih2 and muffin ni banyak jual kat bawah subway. Macam comey je, macam sedap je. Tak tau apa inti kat dalam kan, aku tak cuba. Tapi memang aku terliur pun.
Yeaay!!!! udah sampai ke Namdaemun Market. Keluar je exit 5, terus market. Tak payah cari. Gila la aku kat sini. Baju comey2. Jacket menarik, kasut lawa2. Ish...sabar menahan nafsu shopping. Time ni end of spring, jadi dia da banyak jual baju and dress for summer. Shawl kat sini jangan tak beli lawa gile! Bila aku pakai shawl itu waktu melawat China tahun lepas, ada orang tanya kat surau, orang Malaysia juga la, "adik beli shawl ni kat mana" Aku cakap kat Korea. Then dia cakap, "akak kena pergi Korea jugakla ni" Hehehe. Ni lah sebahagian picture Namdaemun Market  yang sangat rugi kalau tak pergi. Tak banyak gambar, sibuk kejar barang. Takut habis. Hihihihi...









T-shirt I love Korea tu 3 piecies KRW10,000, duit Malaysia dalam RM26-RM27. Tapi untuk colour red and white aje. Colour hitam mahal sikit, lain harga. Aku beli gak satu untuk aku plus utk famili. Souvenier, macam beg kecik ada dalam 3-4 rate around KRW10,000. Fridge magnet, key chain pon same. Satu fridge magnet harga around RM 5. Biasa aku beli fridge magnet paling mahal pun RM3. Adus. Tapi kat London boleh cecah RM10. London sangat kan. Jadi boleh agak2 la, bajet untuk souvenier bape. Bagi aku memang mahal jugakla. Kat sini kebanyakan peniaga boleh cakap melayu sikit2. Macam apa khabar, murah-murah, sila masuk, adik manis. Macam-macam lagila. Diorang cakap I love Malaysia, hahaha. Aku gi Vietnam pun orang kata, we love Malaysia. Adoi! Orang Malaysia ni baik-baik. Pastu suka tawar harga barang. Aku gi Bangkok aritu, pernah tawar harga beg, peniaga tu terus tanya  "U Malaysia?" Trademark rakyat Malaysia tawar harga barang! Kadang2 maybe tertukar dgn orang Indonesia. Yelah masing-masing pakai tudung kan. 

Tapi ko pikir la sendiri, berapa ratus ribu rakyat Malaysia yang dah sampai ke Korea ni sampai peniaga kat sini boleh ckp melayu! Ramai gile! Ko tak rasa ke impact K-pop sangat dasyat. Ermmm lalalalala. Aku pun suka sama Korea. Sbb aku ni single lagi kan (berdasarkan tarikh hari ini, lol!) aku nak laki aku muka cam Korea.  Hahahah boleh???!!!! Whatever it is, baru first day tapi duit aku da banyak abis??!! Banyak beli blouse sampai 3. Shawl sbb tamak sampai 4. Shawl satu KRW5,000, duit Malaysia dalam RM15, kalau da beli sampai 4? Nak cakap murah tak juga sbb duit kita murah, duit dia mahal, harga jadi standard la. Tapi in terms of design mmg kelas, lawa, tailoring pun nice. Sini boleh tawar menawar tau juga tau. Hehehehehe. Tapi bila da tawar jangan lak tak beli. Aku ada tawar satu jacket nipis tu, bukan nak sangat pun, saja try tanya, pastu pakcik ahjussi tu pegi tanya bos dia, pastu bos dia bagi, aku mcm serba salah pulak sbb kesiankan, aku plak tawar da murah giles. Apalagi ambik jelah... Balik je hotel kira duit yang tinggal. Aduhaiii...
Inilah kitchen nye. Ok je. Clean. Ada komputer for those yang nak surf internet. Tak silap aku kitchen ni tutup waktu malam, dalam pkul 9 atau 10 malam.
Tu muka teruja, kononnya, Maggi tu sedap sangat la . Pas balik dari Namdaemun letak barang. Rillex buat seketika. Turun gi kitchen. Ambik air and makan dinner dulu. Maggie je. Ada tourist dari China makan semeja dgn kami. Senyum aje. Bcos they all pun cannot speak English. Pas makan apa lagi...kuar jalan lagi. Gi jalan2 kat Myeongdong shopping area. Dekat seberang subway. Nak cross jalan kami turun ikut subway. Exit kena betui na. Kat bawah subway tu pun ada shopping lot. Menarik u! semuanya nak beli. Kalau bawa 20 ribu duit Malaysia pun aku rasa boleh abis.
Ni jalan turun dari guesthouse...
Bawah ni subway. Myeongdong market kat seberang sana.
Da sampai pose dulu...
Suasana Myeongdong shopping area. Please la datang sini. Banyak barang juga. Especially baju2, dress and tak lupa barangan kosmestik. Pilihlah yang natural based punya. Kosmestik dia mak ai, minyak wangi, krim, lotion, makser muka, masker kaki semua ada, pastu lipstick OMG semua cantik2, menarik dan memang gebummmm. Rasa tak puas nak beli. Tapi duit makin sikit.  Suasana dia meriah gile, macam shopping malam raya hahahaha. Seronok jalan2 kat sini. Semestinya aku jumpa ramai gile rakyat Malaysia di sini. Pakcik2 tua pun ada follow anak2. Malam sini sejuk tau. Berangin je sambil jalan. Sbb tu kalau datang Korea mesti rasa nak datang lagi dan lagi.


Cuaca sejuk an, rasa teringin nak makan ice cream dia jual ni, macam menarik je plak., tapi aku dok berani, takpalah..









Kawasan shopping area ni besarrrr gile. Rasa macam tak abis pusing. Benti jap kat kafe untuk minum. Kat sini banyak cafe yang comey2 tau. Kelakar tul, aku tak tau tu drinks apa, order la ropenya, jus peach hahaha. Poyo je. Pas sambung jalan2 sekitar kawasan ni terus balik hotel eh guesthouse, balik tidur la, esok nak gi jalan ke Nami Islands. Baru sampai harini dah 3 tempat dah gi, penat naik flight tak abis lagi. Ceh mengada saja kan.


Tatatata!!!!!:)


Fast lane to:
Annyeonghaseyo ~ Nami Island (2)
Annyeonghaseyo~Gyeongbokgung Palace & Korean Folk Village(3)
4th Day, Trick Eye Museum & Hello Kitty Cafe (4)



No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...