Tuesday 3 March 2015

Annyeonghaseyo~Gyeongbokgung Palace & Korean Folk Village (3)

Time to blogging, entry kat Korea ni tak ciap2 pun lagi. Tak busy pun, cuma bila balik kerja tu aduhai penatnya ya amat. Kerja mana boleh balik 5.30, mesti 6. 30 pastu naik lrt, sampai umah pkul 7.30 atau 8 camtu. Sampai rumah terus collapse. Solat, makan dah tak larat nak buat benda lain. Esok pagi keluar rumah pkul 7.05 pagi, 7.15 tu da kira lewat dah. Tulah kehidupan aku. Adoila (T_T).  Tapi kan tak baik merungut, bersyukur rezeki Allah bagi. Ok now da masuk entry third day. Sekejap aje gi korea ni, esok da last day, pastu the next day tu da nak balik Malaysia. Cuma kami dapat 4 hari full jalan cos sampai Seoul pkui 7.00pagi on the first day. Travel ni memang seronok taw, tapi super tired oi. Sakit kaki. Sebab tu la aku follow tour guide for one day. Aku ambik day tour dengan satu company dekat Korea ni, aku e-mail dari Malaysia lagi, aku google je company ni kat internet-sallytour- sallytour.co.kr. Ms Sally tu reply laju je, cuma dia tak ambik booking kalau awal sangat macam utk flight kami end of April bulan 3 baru dia accept booking. 

Ada juga company lain macam hanatour, price lebih kurang aje, cuma itinerary sallytour ni ada termasuk Korean Folk Village. Harga ehem2, itinerary nya start dengan Jogyase Buddhist Temple/Presidential Blue House (take photo je)/ Changing of the Guard Ceremony-Gyeongbokgung Palace/Ginseng Centre/Lunch(provided)/Korean Folk Village, start pukui 9.00 pagi sampai 5.00pm. Total per person KRW88,000 atau lebih kurang RM280 duit Malaysia depending on the exchange rate. Kelebihan pakai tour guide ni jimat masa lah, sbb orang terus bawak kita ke tempat yang kita nak pergi, so takde la sesat, cons nye kena keluar bajet la sikit. Tapi kalau group ramai harga dia lagi murah, harga yang aku sebut tu utk pakej 2 orang each person KRW88,000.Tapi baru2 ni aku de survey website co ni, harga da naik.

Hari ketiga di Seoul bermula pada awal pagi. Pagi-pagi lagi tour guide kami, perempuan Korea yang cun tu dah tercegat kat hotel. Ms Sharon very friendly dan dress up walaweyyy, kelas kau. Very presentable gitu. So as usual, after pick kami pergi pick other tourist lain termasuk satu family American army, picture yang kat atas ni. Anak dia kerja army kat Korea ni, so dia bawak famili dia jalan2. Happening family dia, kelakar2 je, pastu from canada ada 3 orang yang lain2 tu aku tak interview hehe. Cuma aku nampak ada lelaki seorang backpacker dengan seorang perempuan canada travel sorang2. Berani betul. Picture atas tu gate masuk temple.

They all tengah prepare sambutan Wesak Day, tu yang sibuk hias menghias.
Suka betul famili Amerika tu bergambo. Tu dia Ms Sharon kite.
Kalau jalan sendiri, takde nya nak masuk tempat ni, hahaha. Da ada dalam itinerary, aku jalan2 jelah.

Ramai pelancong dari China, Philippines, Thailand yang pergi kat kakak ni. Maybe dia buat something ritual kot. Pastu army Amerika tu tanya aku masuk tak dalam temple tu aku cakap dok masuk, beria la die promote suh aku masuk sbb katanya lawo kat dalam, aku gi nengok dari luar je. Nak masuk kena take off shoes. Menurut kata Ms Sharon, ceh "aku guna menurut" majority rakyat Korea takde agama dalam 46.5% hampir separuh tu takde formal religion. Buddhism dengan Christianity masing2 lebih kurang 20% lebih.Yang lain tu semua minority termasuk Muslim. Even dia pun tak follow mana2 religion. Kalau baca history pasal Korea ni, rakyat Korea ni ada juga yang follow ethnic religion, macam percaya pada bomoh la atau ada juga follow Confucianism. Ni dari zaman dulu2.

Sekejap je kat temple tu, kawasan dia pun tak besar sangat, cuma temple tu famous dekat Seoul. So dari situ kami ke Gyeongbokgung Palace, nak nengok perbarisan kawad askar korea macam zaman2 dulu tu. Beria la Ms Sharon tu memberi penerangan itu ini. Baik dia ni. Very polite.
 Comel kami nyer mini bus. Selesa, all ok dengan company ni.
Ni gate Gyeongbokgung Palace. Changing guard ceremony ni perbarisan bagi guard yang jaga pintu istana ni. Guard ni la yang jaga kawasan istana macam check visitor yang keluar masuk istana zaman Dinasti Joseon dulu. Guard ni jugak yang responsible buka tutup gate ni. Changing guard ceremony tu kiranya perbarisan bila diorang nak tukar shift. Ada dua shift malam ngan siang.

Nak masuk sini ada fee dalam KRW3,000, ada juga pass KRW10,000, macam pass ni ko boleh lawat 3 palaces yang lain dekat Seoul dalam masa sebulan dari tarikh pembelian. Boleh visit kat page english.visitkorea.or.kr for further info. Kami punya dah masuk dalam tour fees. Nak gi sini boleh naik subway turun dekat Gyeongbokgung Palace Station, line 3 exit 5 satu station je lepas Anguk. Semalam kan aku turun kat Anguk pergi Bukhon Hanok Village. Atau turun dekat Gwanghwamun Station, line 5 exit 2.
Suka Cik Sharon bagi penerangan. Tme panas dia keluarkan payung pastu dgn sun glass die.Suka bergaya org Korea ni. Aku sibuk ambik gambo je.
Aku masuk orang da ramai. Start pukui 10.00am ye adik2. Kalau nak datang sini kena bajet time betul2 la. Tapi kalau tak sempat boleh catch up pukul 1.00pm atau pkui 3.00pm. Ada 3 kali dalam sehari, tutup tiap2 hari Selasa.Tapi boleh pergi kat Istana lain dekat Deoksu Palace. Kat sana ada buat juge.
Ni dia nak mula dah. Takde apa2 pun yang dia buat selain berkawad aje.
Ni yang datang dari arah oppesite aku.
Pastu dia jalan gi kat pintu gate.
Geng-geng nak balik kerja la ni.
Tu dia bawa bendera.
Ok.
Menuju ke gate. Macam real je.
Geng main dram.
Diorang stop pastu kawad lagi.
Ok ni geng baru masuk keje.
Tu dia.
Pastu dia benti tengah2. Cakap2.
Geng2 shift baru.
Diorang ni akan kawal sekitar istana.
Perbarisan masuk ke dalam istana dengan drum. Nak bagi semangat pada guard ni semua.
Da abis. Sekejap je.
Pas siap, jalan2 kat dalam istana ni. Istana ni paling besar antara istana2 di Seoul. Ni kawasan tempat raja bersidang. Tak leh masuk, ngk dari luar je.
Istana ni pernah kena bom zaman jepun dulu, tapi dah di bina semula untuk preservation. One thing je aku cakap, orang ramai gila kat sini. Ngk belakang aku tu.
Ni kawasan dalam istana. Ada rumah dayang la, tempat memasak macam2 lagi.
Ni group kami.
Rumah cucubine pun ada kat belakang tu. Special sikit la tempat dia. Gundik maharaja la katakan. Kami tak cover semua tempat pun sbb istana ni besar sangat. Pastu Ms Sharon tu kejar masa. Lari sana lari sini. Tapi dia bagi la masa ambik gambar.
Itu presidential blue house. Rumah president kot. Ramai orang ambik picture kat sini. Memang dalam itinerary pun.
Ni statue hehehe, sempat aku snap sebelum naik bas. Aku selalu lambat sbb ambik gamba.
Kitaorang gi sini, tempat ginseng. Tapi sini tak boleh ambik gambar. Ginseng ni bagus tapi mahal gile. Paling murah botol kecik pon seratus lebih. Aku mcm nak beli tapi kredit card aku lupa nak activekan tuk luar negara. Hahaha, apa pon tak boleh. Pas ngk ginseng dia bawa pergi shop, mcm market jual junk fruit, chocolate semua la. Then kitaorang pergi lunch dekat satu restoren traditional Korea. Sapa yang ambik half day tour je, ambik bas lain utk balik macam famili Amerika tu. Aku follow pergi Korean Folk Village jadi pergi makan dulu.
Makan bibimbap dgn kimchi. Sedap. Aku dah mintak yang vegitarian siap2, jadi dalam tu semua sayur and mushroom.
Pas makan gi Folk Korean Village. Perjalanan 50 minit dari Seoul. Jauh juge.
yeay!!! Sudah sampai. Fees nak masuk  sini dalam KRW 15,000 kalau group lebih 20 orang je dapat less KRW 12,000.
Kat sini ada lebih 260 traditional house termasuk barang2 kelengkapan rumah, kraftangan yang melambangkan kehidupan rakyat Korea zaman2 dulu. Apa yang ada kat sini datang dari segenap rata bumi Korea. Diorang kumpulkan kat sini.
Salah satu permainan rakyat, main piring terbang.
Pakcik ni da tua, dia main gymnastik. Tak silap umur dia dalam 70-80. Masih sihat lagi.
 
Kawasan sini luas sangat, mcm2 rumah ada. Luas kawasan 243 acres ko.
Ni pun rumah kampung juge.
Cool jalan2 kat sini. Tak rugi datang.
Dalam ni pun ada bercucuk tanam. Nak nampakkan real kan. Memang best jalan kat sini. One thing nak cakap, tempat dia bersih.
  
Bukan jagung barli hahaha, aku tertukar.
Ni pun barli juga.
Dalam tu tak tau apa. Macam seronok je lepak2 kat sini.
Cantik dan tenang kawasan ni.
Peralatan zaman dulu.
Bilik anak perempuan yang tgh studi.
Bilik anak lelaki pulak.
Ni gate nak pergi kawasan rumah yang lain. Unik.
Salah satu rumah yang kami ngk. Bahagian ruang tamu. Ada juga rumah yang kita boleh masuk.
 
Bilik anak perempuan.
Pose jap. Tak tau belakang tu umah apa.
Memang besar kawasan sini, luas, tenang dan bersih.
Rumah penilik nasib.
Sini pun orang ramai.
Ni kira warden pernjara.
Tahanan dalam lokap la ni.
Ni klinik. Diorang pakai herba2 dgn ginseng.
Ni kira rumah dulu2. Orang kampung. Sekarang dah K-Pop.
Klasik tul, siap ada kayu api lagi.Especially bila time winter. Orang dulu2, akan siapkan makanan cukup untuk musim winter, jadi tak payah la susah2 nak cari food time musim sejuk. Kalau time heavy snow fall lagi susah.
Macam2 Ms Sharon tu nak terangkan kat kami ni. Aku sibuk ngan kamera aje.
Banyak shooting filem yang di buat kat sini. Aku ada nengok citer ni. Kawasan sini luas, jadi mmg selesa nak shooting, pastu barang2 kat sini memang kelengkapan lama yang diorang jaga, jadi mmg nampak real. Maitenance kawasan ni pun ok.
Rumah ni masuk tv ni.
Gila tak real.
Tak tau pakcik ni buat apa. Ada je orang datang kat die, main apa tah.
Ni pun rumah lama juga. Klasik.
Lembu pun ado ha...gemuk pun gemuk.
Citer ni aku nengok.
Gambar dengan adik Korea ni comel.
Peace. Cute diorang ni.
Ni souvenier shop. Aku nengok je, sbb sini mak ai, mahal betui. Hahahaa. Kalau berkenan sangat barulah beli. Actually aku nak ngk wedding ceremony, tapi pukul 4, Cik Sharon tu da nak balik Seoul dah sbb dari sini balik ke Seoul dekat 1 jam plus traffic orang balik kerja lagi.  No choice la, sampai Seoul dalam pkul 5 lebih diorang drop dekat Myeongdong market. Ada juga yang turun dekat Ittaewon. Aku balik je hotel dah tak boleh gi mana dah, collapse. Tertidur terus penat sangat.

 Tatata

Fast lane to:
Annyeonghaseyo, Seoul! (1)  
Annyeonghaseyo ~ Nami Island (2)  
4th Day, Trick Eye Museum & Hello Kitty Cafe (4) 

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...