Saturday 22 August 2015

Relaxing Sabah, trip to Tanjung Simpang Mengayau-Tip of Borneo (3)

Waduh, jalan KK lagi. Ni kira hari yang ke-4 kami kat Sabah. Hari ni pun kami nak jalan jauh ke sebelah utara Sabah. Nun jauh ke Tanjung Simpang Mengayau di Kudat. 3 jam perjalan dgn jarak 174km dari KK kau. Mek Effi ni da jadi supir plak. Effi ko datang KL aku layan kau baik punya!

Perjalanan dari KK kami penuh dgn ketenangan. Nak puji Mek Effi lagi nih. Dia bawa kete, steady yg amat tak rush langsung. Banyak kali kami singgah petrol station isi minya gi toilet and beli jajan dan asam2. Hahaha, mcm2 kami beli, dan aku pun pau la tokey lawyer ni Mek Fiza. Buah langsat pun kami beli, Effi suka buah langsat. Jadi kami pun makanlah dalam kete sambil bergosip-gosipan dan mengenang zaman belajar di UIA dulu sambil duk mengunyah. Udah 8 taun berlalu. Itu yang tenang tu, Hahahaha.
 
Haaa, kami udah sampai di Tanjung Simpang Mengayau ni. Ini bagian bawah, kawasan beach. Kami sampai tengah hari panas sangat. Kami tak gi sini, sbb nak ke atas sana. Moh la kite ye.
 
Sini la, tempat yang di tuju. Sejuk hati bila udah sampai. Maklumlah 3 jam dalam kete. Macam aku pulak yang drive-LOL betul.
 
Kunun2 la gamba klasik. Aku ambik gambo dgn i phone 5s aku je. Malas nak bawa dslr yang gedabak itu. Tapi dslr gamba lg speechless la.
 
Ni bagaian bawah nye. Ombak sgt la kuat dan deras. Tapi view awesome sgt dik. Kalau datang KK jgn la lupa mai sini. Tak tau jalan, waze aje.Kalau follow agent, sure mahai boleh sewa keta.
  
Gigihla aku mencari peta Sabah sbb nak ngk kedududan tempat ni. Tanjung  Simpang Mengayau ni sgt famous among travelers. Sbb tempat ni tip of Borneo. Kami lepak2 kat sini pun ada jumpa ramai sgt pelancong local dari Sarawak la Kelate la, diorang drive semata-mata nak ke sini. Ada yang drive dari Sarawak lagi sampai ke sini. Hardcore travelers betul.
 
Ni peta lagi clear. Yang atas tu peta kudat yang ni peta Sabah. Aku dah circle dah tu. Yang aku circle tu lah batu kat bawah ni.
 
Awesome kan. Batu ni lah yg tip of Borneo, bahagian hujung dalam peta Sabah. Weee aku excited bangat dong!
  
Sebab tu la ramai pelancong mai sini. Effi cakap dia ada datang before ni, tapi air naik tinggi so tak nampak batu ni. Jadi mmg rezeki kami la kan (^_^).
 
Memey ramai org ke sini. Mat Saleh pun ado. Duduk2 kat sini mmg best.
  
Satu lagi sbb kenapa tempat ni famous kat sini la pertemuan dua laut. Air laut tak bercampur. Ada kisah diceritakan dalam al-Quran. Aku dok igt plak surah yang mana. Perasan tak air laut gamba kat atas tu bebeza sikit, plus ada ombak dari dua arah. Inilah tempat pertemuan Laut China Selatan dgn Laut Sulu.
Cantik kan. Subhanallah. Memang ada pertemuan dua laut ni di Malaysia, boleh la ke sini utk melihat kejadian alam ni.
 
Macam biasa la, selfie sokmo. Enjoy the rest of the picture (^_^).
 


  


 


 


 


 


  
Aku igt time ni Fiza nak turun aku mmg teruja nak turun, Effi tak mau. Tu yang dia dok amek picture kami ni.
 


 
Hati2 lah waktu turun, sbb bukan ada tangga yang proper. Fiza jatuh wei, kaki dia berdarah. Pastu kena bebel dgn Effi. Aku gelak aja, tp kesian gak dgn makcik tu.
 
Ikutkan hati aku nak je ke hujung sana. Tapi aku tak berani sbb ombak kuat sgt menghempas batu tu.Aku nampak ada org pegi, huhuhu.
 




 




 


 


 
Ni ada kisah sejarah dekat sini. Kat Kudat ni ada ramai kaum Rungus. Plus kalau baca history, pelayar zaman dulu Ferdinand Magellan dri Spain tu kan ada drop kat Tanjun Simpang Mengayau ni utk repair kapal dia. Aku tak leh imagine kapal dia besar mana, sbb kawasan ni luas dan besar. Ombak kat sini besar dan deras.
 



 
  Ha kat sini ada tugu nya. Snap picture kat sini. Jangan lupa.
 
Tempat ni mmg luas, ada resort and restoren area ni. Boleh pusing2. Tapi restoren tu kami dgn kete, bukan area ni lah. Sini ada jual ice cream.
 
Lepas pusing2 dekat Simpang Mengayau tu kami ke bandar Kudat. Perjalanan dalam 30 minit dari Simpang Mengayau. Apa yg femes dgn Kudat selain tempat asal kumpulan Zero-Maharajalawak Hahahaha, di Kudat ramai nelayan, jadi tempat ni banyak seafood. Kami pusing2 kat bandar ni, Effi bawa makan kat sini, Terminal Tomyam. Tak silap owner nya asal semenanjung jadi rasa makanan kat sini not bad.
 
Effi nak juga kami rasa ikan Kudat. Ok la kami order ikan yang paling kecik, sbb sume tak makan banyak. Ikan siakap, masak 3 rasa ke sweet n sour dok igt, tapi taste gedebummmm sedap. Harga pun tak mahal sgt, ikan ni, tomyam, telur dadar baru RM50 lebih. Makan 3 orang, murah la kan. Aku dgr ceramah agama, ustaz ckp tak leh share gamba makanan, kalu orang ngk terliur kena bagi. Mintak maap la ye, niat aku nak tunjuk makanan kat sini ja. Kat FB mmg aku tak letak gamba ni.


  
Haaa, da siap mamam, Effi pusing2 Kudat lagi terus baliik. On the way tu nampak ni, kerbau atas lori. Aku rasa lori tu sama besar dgn kerbau tu. Hikhikhik. Ada yg nak kenduri lah ni.
Berenti tengah jalan. Asyik mamam je kan. Benti beli jagung bakar.
Tapi ngk la kat sini, mcm2 ada. Effi cakap kebanyakan kat sini orang dusun. Banyak juge kete benti kat sini.
Inilah tujuan sebenarnya. Nak jagung bakar dan perjalanan ke KK diteruskan lagi. Dalam kete mamam lagi.
Berenti lagi utk dinner. Hikhikhik. Tempat ni dah dekat dgn bandar KK dah. Makan apa yg femes kat sini. Mek Fiza nak air kelapa, ok lah semua order air kelapa.
Tapi benti sbb nak makan ni. Kepah bakar. Pilih dulu baru diorang prepare.
Imagine kepah ni makan dgn sambal, sgt laaa pedas, tapi makan juga sbb sedap. Huhuhu. Then terus balik hotel. Masing2 dah tired sgt. Effi apatah lagi 6 jam drive! Kuat betul mek sorang tu. Trip today, best and gedebum, sbb aku dapat ke Kudat. A long the way tu mmg nampak rumah kg2, sekolah, kawasan luar bandar Sabah yang tak pernah tgk. Yalah, biasa kalau datang pergi city centre je kan. Mmg eye opener,  ngk tempat orang. Best, great experience. Esok hari last jalan di KK.

~Tata

Express lane to:

Relaxing Sabah Pulau Sapi & Rumah Terbalik Tamparuli (1)
Relaxing Sabah, visit to Labuan (2) 
Relaxing Sabah, Mari2 Cultural Village, Signall Hill & Karambunai Sunset(4)  
 

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...