Sunday 16 August 2015

Relaxing Sabah, visit to Labuan (2)

Day 3, good morning KK! actually i love KK. Mmg relaxing. Tempat yang peace and tak hard or harsh mcm KL. Percaya tak ramai abam2 polis, bomba, askar yang bertugas di KK then kawin dgn orang tempatan. Jodoh pun ye la kan. Tapi ttu cerita cinta, today aku nak cerita jalan2 to Labuan yeay!!
Effi ambik kat hotel Tune kesayangan kami tu and terus drop kat sini. Breakfast. Ni la yg kami order. Sedap, not bad rasa mcm makan kt kl pulok.
Makan di restoren ini ya. Aku tak tau di mana. Ramai abam polis makan kat sini juge.
Nak gi Labuan ni, cara senang naik flight je dr KK. Tapi kitaorang naik bot dekat jeti Menumbok. Nak cerita, jarak dari KK ke Menumbok ni 3 jam drive. Mek Effi tu aku ngk rikex je bawa kete. Dia jenis bawa tak rush, jenis cermat la. Pastu tak jenis emosi, bebel ke curse ke. Aku yg duk belakang ni yg penat hahaha, siap mengantuk lagi then Effi cakap, tidur la sbb 3 jam baru sampai. Itulah sifat orang yg baik.
Ni lah jeti Menumbok. Jangan terjun snorkling plak hehehe.
Ok, ambik bot kat sini. Tambang dok ingat, rasa bawah RM10.
Da sampai, Labuan, first time aku ke sini. 
Welcome to Labuan!!! Kat jeti Labuan ni banyak kedai chocholate murah2. Labuan ni duty free mcm Langkawi juga. Tapi actually compare dgn kedai2 dalam Labuan ni, harga lebih murah dekat jeti ni. Aku habis dekat RM100 beli chocholate je. Aku mmg suka chocholate, sbb tu bambam je badan aku nih.
Ni lah picture lalalala kami. Comey kan, hikhikhik
First sampai kat Labuan ni, ingatkan kami nak sewa kete ropenya, Effi da arrange dgn kawan kepada kawan dia. So kawan kepada kawan dia datang ambik bawa kami jenjalan kat Pulau Labuan ni. Tadi kat jeti ambam tu lah ambik kami, abam polis. First dia bawa kami makan dulu kat restoren org semenanjung. Aku dok ambik gambo pung. Then lepas makan terus ke sini Labuan War Cemetery-Commenwealth World War II. Ni kubur tentera Inggeris, India, zaman Jepun dulu. Tapi abam polis tu cakap ni mcm statue je, bukan kubur betul.
Kami pun bergamba2 la kat sini.
Yang batu putih2 tu semua mcm batu nisan la, they all letak nama tentera2 yang terkorban kat Labuan ni dulu.
Jenuhla makcik ni nak melompat. Lelah aku ngk.
Pose sokmo deh.
Nama2 tentera yang terkorban tu di letakkan dekat tiang2 ni.
Kat sini pun sama.
Then terus kami ke sini. Ni tempat apa arang batu zaman dulu. Dengar citer tempat ni banyak kisah2nya tau. Macam tempat keras. Dgr potong kepala zaman dulu wat kat sini. Aku sebenaqnya, sampai kat sini je terus rasa seram. Huhuhu scary la. Abam polis tu la citer.
Ni kat kawasan luar tapi kat dalam bangunan pun tak la besar sgt kawasan dia. Dalam bangunan tu ada muzim arang batu. Aku takde ambik gambo, seram jerk. Ada satu je gamba Effi ambik, dalam collage Intsamag kat atas
Sebenarnya nak masuk dalam rumah api ni pun tak berani, huhuhu. Lepas lawat kawasan ni kami pergi beli coklat kat town Labuan. Sebelum tu abam polis tu bawa pusing2 Labuan ni, kawasan kampung, bandar, pantai, kawasan base tentera pun dia tunjuk, tempat proses minyak petrol, shell and petronas pun dia bawa. Overall, dia cakap Labuan ni kecik je, takde la besar mana. Sehari je ronda boleh abis.
Ini pantai apa aku tak ingat, otw nak balik KK Effi drop kat pantai ni. Atas sikit dari Beaufort. Tadi aku ingat lepas pusing2 Labuan terus kami balik ke jeti Menumbok. Effi pun cakap, Labuan tak besar. Labuan ni famous utk tentera2, org2 kerja kapal utk minum2, karaoke, and woman. Mostly perempuan Filipina. Plus arak dgn rokok kan murah, sbb duty free. Inilah yang aku dengar cerita. Wallahualam. Labuan ni mcm aman la, abam polis tu cakap tak banyak kes jenayah kat sini. Dia orang Johor ke Perak. Dia da 7 tahun kat sini taknak balik, sbb kerja senang. Abam polis tu belanja tiket bot hehehe. Makan kami pun dia bayor. Dgn kami abam polis tu adik je.
 
 Drop kat sini dalam 15 minit je. Saja nak ngk kawasan. Sempat la kami duk bergamba2 kat sini.
 Aku berhajat nak pegi sampai ke hujung sana. Tapi memandangkan, keadaan jeti ni mcm ni, aku nengok dari jauh jelah. Tapi cantik juga view kat sini. Macam klasik gitew.
Alhamdulillah, malam baru sampai KK. Effi bawa kete 3 jam pergi 3 jam balik.Tak tukar driver pun. Fuh teror betul. Aku ambik gamba ni sbb dia cakap "possibly the best muruku in Sabah" hahahaha...possibly, humble betul company ni.
Sampai da malam, time for dinner la kan. Effi bawa kami ke kedai ni. Kedai cina. Adoi. Aku serba salah, Fiza pun sama. Sabah lain dari semenanjung. They all mmg mix, melayu makan kedai cina biasa. Restoren ni mmg femes la kat KK. Aku follow jelah. Effi kata dia biasa makan kat sini.
Inilah menu femes kat sini, mee kari. Mmg sedap. Aku minum dgn milo panas. Tak tau nape aku order milo. Jarang aku order milo kalau makan kat luar. Effi cakap order seafood la, jgn order ayam atau meat. Ok la, sbb aku ngk ramai juga orang melayu makan dan pekerja dia pun melayu. Owner dia mcm kadazan ke apa, native la. Effi cakap kat aku ngan Fiza, ha ngk, pekerja dia ni Islam, budak tu senyum. Hehehehe tak biasa la wei.

Labuan tu kecik je tapi nak gi sana jauh. Dari KK 3 jam naik bot  lagi dalam 30 minit, pastu balik semula ke KK pun 3 jam plus 30 minit masa dalam bot. At least 7 jam perjalanan , tak termasuk masa menunggu bot lagi. Tapi walaupun penat aku enjoy jalan arini. Dapat aku ngk Labuan, sbb tak pernah pergi kan. Advise aku nak gi Labuan just naik flight dr KK je, senang jimat byk masa.

 ~Tatata

Express lane to:
 
Relaxing Sabah Pulau Sapi & Rumah Terbalik Tamparuli (1)  
Relaxing Sabah, trip to Tanjung Simpang Mengayau-Tip of Borneo (3)  
Relaxing Sabah, Mari2 Cultural Village, Signall Hill & Karambunai Sunset(4)  



No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...